Haleluya,
Syukur puji Tuhan kerana Hari Sabat yang diberkati ini menyaksikan 3 sakramen iaitu Sakramen Pembaptisan, Sakramen Pembasuhan Kaki dan Sakramen Perjamuan Kudus telah berjaya dilaksanakan dengan lancar walaupun Kota Marudu dilanda hujan lebat yang singkat.
Ketiga-tiga sakramen dilaksanakan oleh hamba-hamba Tuhan iaitu Pdt. Yosua, Dn. Urbanus, Dn. Habakuk dan Dns. Febe. Kehadiran hampir 100 orang seiman dan juga simpatisan memenuhi keseluruhan tempat duduk dan ada yang duduk kerusi tambahan.
Seramai 9 jiwa menerima Pembaptisan Air dan Pembasuhan Kaki manakala 83 menerima Perjamuan Kudus. Dengan itu maka bertambahlah lagi bilangan jemaat gereja Kota Marudu. Syukur puji Tuhan.
Pada hari ini juga pendaftaran untuk mengikuti Seminar AJK Gereja yang akan diadakan pada 3 Mac 2013 di gereja Guong juga telah dijalankan. Hampir kesemua AJK Gereja Kota Marudu telah mendaftarkan diri.
Sekian.
Imanuel.
No comments:
Post a Comment