Wednesday, 28 October 2015

Beberapa Prinsip Kehidupan Umat Kristian

Nas Kitab:
“Perhatikanlah, supaya jangan ada orang yang membalas jahat dengan jahat, tetapi usahakanlah senantiasa yang baik, terhadap kamu masing-masing dan terhadap semua orang. Bersukacitalah senantiasa. Tetaplah berdoa. Mengucap syukurlah dalam segala hal, sebab itulah yang dikehendaki Allah di dalam Kristus Yesus bagi kami. Janganlah padamkan Roh, dan janganlah anggap rendah nubuat-nubuat. Ujilah segala-sesuatu dan peganglah yang baik. Jauhkanlah dirimu dari segala jenis kejahatan” (I Tes 5:15-22)

 I.             Jangan Membalas Kejahatan Dengan Kejahatan (1 Tes 5:15)

1.       Kata Hukum Taurat: “Mata ganti mata, gigi ganti gigi” (Mat 5:38)
2.       Kata Tuhan Yesus: “Janganlah kamu melawan orang yang berbuat jahat kepadamu” (Mat 5: 39-41)
3.       Kata Tuhan lagi: “Kasihilah musuhmu dan berdoalah bagi mereka yang menganiaya kamu” (Mat 5:44-45)
4.       Kata Paulus: “Janganlah kamu kalah tehadap kejahatan, tetapi kalahkanlah kejahatan dengan kebaikan” (Rm 12:17-21)

II.          Kejarilah Kebaikan (1 Tes 5:15)
1.       “Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri “adalah hukum terutama (Mat 22:39-40; Yak 2:8-9)
2.       “Kasih tidak berbuat jahat terhadap sesama manusia” (Rm 13:8-10)
3.       “Harus menjauhi yang jahat dan melakukan yang baik, ia harus mencari perdamaian dan berusaha mendapatkannya” (I Ptr 3:8-12)
4.       “Lakukanlah yang baik bagi semua orang” (Rm 12:17-18)

III.       Bersukacitalah senantiasa (1 Tes 5:16)
1.       Bersukacitalah senantiasa di dalam Tuhan (Flp 4:4)
2.       Bersukacitalah dalam pengharapan (Rm 12:12)
3.       Anggaplah sebagai suatu kebahagiaan apabila jatuh ke dalam berbagai-bagai pencobaan (Yak 1:2-4)
4.       Hati yang gembira adalah obat yang manjur (Ams 17:22)

IV.       Tetaplah berdoa (1 Tes 5:17)
1.       Bertekunlah dalam doa (Rm 12:12; Kol 4:12)
2.       Tuhan menghendaki kita selalu berdoa dengan tidak jemu-jemu (Luk 18:1-8)
3.       Nyatakanlah dalam segala hal keinginanmu kepada Allah di dalam doa (Flp 4:6-7)
4.       Berdoalah setiap waktu di dalam Roh (Ef 6:18-19)

V.          Bersyukurlah Di Dalam Segala Hal (1 Tes 5:18)
1.       Ucaplah syukur senantiasa atas segala sesuatu dalam nama Tuhan (Ef 5:20)
2.       Harus menaruh hati yang bersyukur (Kol 3:15; Ibr 12:28)
3.       Allah turut bekerja dalam segala sesuatu untuk mendatangkan kebaikan bagi mereka yang mengasihi Dia (Rm 8:28-29)
4.       Bertekunlah dalam doa dan dalam pada itu berjaga-jagalah sambil mengucap syukur (Kol 4:2; Flp 4:6)




VI.       Jangan Padamkan Roh (1 Tes 5:19)
1.       Diselamatkan dalam Roh untuk menjadi kudus (II Tes 2:13)
2.       Roh Kudus akan memimpin kita ke dalam seluruh kebenaran (Yoh 16:13)
3.       Roh Kudus akan mengajarkan segala sesuatu kepada kita (Yoh 14:26)
4.       Hiduplah menurut Roh (Rm 8:4, 13-14; Gal 5:16)

VII.    Janganlah Menganggap Rendah Nubuat-Nuabuat (1 Tes 5:20)
1.       Para nabi adalah wakil pembicara Allah (Ibr 13:7, 17; I Tim 5:17)
2.       Nubuat para nabi adalah untuk membangunkan jemaat (I Kor 14:3-4)
3.       Nabi menyampaikan firman kudus Allah di dalam nama Tuhan (II Kor 6:16-18)
4.       Yang menganggap rendah nubuat-nubuat nabi akan membangkitkan amarah Tuhan (Ibr 2:1-4; 3:7-15)

VIII. Ujilah Segala-Sesuatu Hal (1 Tes 5:21)
1.       Janganlah jadi orang bodoh, tetapi usahakanlah supaya kamu mengerti kehendak Tuhan (Ef 5:17)
2.       Ujilah apa yang berkenan kepada Tuhan (Ef 5:10)
3.       Janganlah menjadi serupa dengan dunia, tetapi berubahlah oleh pembaharuan budimu (Rm 12:2)
4.       Ketahui kehendak Tuhan dengan segenap hati (Kol 1:9-10)

IX.    Peliharakan Yang Baik Dan Indah (1 Tes 5:21)
1.       Teguh berpegang pada keyakinan iman yang semula sampai kepada akhirnya (Ibr 3:14)
2.       Peliharakan harta yang indah dengan bersandarkan Roh Kudus (II Tim 1:13-14)
3.       Jangan jemu-jemu berbuat baik (Gal 6:9-10)
4.       Bertekun melakukan kehendak Tuhan (Ibr 10:36-39)

X.          Hindari Segala Macam Hal Jahat (1 Tes 5:22)
1.       Jauhkan diri dari keinginan-keinginan daging (I Ptr 2:11; Rm 13:13-14)
2.       Jangan ada perkataan kotor keluar dari mulutmu (Ef 4:29; 5:3-4; Yak 3:2)
3.       Jangan turut mengambil bagian dalam perbuatan-perbuatan kegelapan yang tidak berbuahkan apa-apa (Ef 5:11-12)
4.       Takutlah akan Tuhan dan jauhilah kejahatan (Ams 3:7-8)

Kata Penutup:

Seandainya kita menuruti kesepuluh prinsip pegangan di atas, maka Allah damai sejahtera akan menguduskan kita seluruhnya, sehingga roh, jiwa dan tubuh terpelihara sempurna dengan tak bercacat pada kedatangan Yesus Kristus, Tuhan kita (I Tes 5:23-24)

(Dipetik daripada Laman Web www.tjcsabah.com

Wednesday, 13 March 2013

Program/aktiviti kerohanian

Haleluya,

Terdapat beberapa program yang telah dirancangkan sama ada di peringkat dalam negeri mahu pun luar negeri untuk disertai oleh para seiman terutamanya para belia.

Antara program tersebut ialah:


  1. Perhimpunan Persahabatan Belia Zon Pantai Barat pada 29-31 Mac 2013 bertempat di Gereja Kota Kinabalu.
  2. Perhimpunan Persahabatan Belia Antarabangsa pada 12-16 Jun 2013 bertempat di Gereja Newcastle, United Kingdom.
Semoga para belia dapat mengambil bahagian dalam aktiviti ini dan memperoleh banyak karunia rohani yang dapat memuliakan nama Tuhan Yesus. 

Lawatan Penggembalaan Pendeta Yosua dan Pendeta Barnabas

Haleluya,

Sukacita dimaklumkan bahawa lawatan Penggembalaan Pendeta ke Gereja Kota Marudu adalah seperti ketetapan yang berikut:

Lawatan Pendeta Yosua

20, 21 dan 23 Mac 2013

Lawatan Pendeta Barnabas

27 - 30 Mac 2013

Sunday, 17 February 2013

Hari Sabat 16 Feb 2013

Haleluya,

Syukur puji Tuhan kerana Hari Sabat yang diberkati ini menyaksikan 3 sakramen iaitu Sakramen Pembaptisan, Sakramen Pembasuhan Kaki dan Sakramen Perjamuan Kudus telah berjaya dilaksanakan dengan lancar walaupun Kota Marudu dilanda hujan lebat yang singkat.

Ketiga-tiga sakramen dilaksanakan oleh hamba-hamba Tuhan iaitu Pdt. Yosua, Dn. Urbanus, Dn. Habakuk dan Dns. Febe. Kehadiran hampir 100 orang seiman dan juga simpatisan memenuhi keseluruhan tempat duduk dan ada yang duduk kerusi tambahan.

Seramai 9 jiwa menerima Pembaptisan Air dan Pembasuhan Kaki manakala 83 menerima Perjamuan Kudus. Dengan itu maka bertambahlah lagi bilangan jemaat gereja Kota Marudu. Syukur puji Tuhan.

Pada hari ini juga pendaftaran untuk mengikuti Seminar AJK Gereja yang akan diadakan pada 3 Mac 2013 di gereja Guong juga telah dijalankan. Hampir kesemua AJK Gereja Kota Marudu telah mendaftarkan diri.

Sekian.

Imanuel.

Friday, 15 February 2013

Haleluya,

Sebagai informasi semua seiman dan teman2...lawatan Pdt. Yosua ke gereja Kota Marudu bermula 15-16 Februari 2013 ini...

Antara program yang akan berlangsung ialah Kebaktian Malam Sabat, Doa Pagi, Sakramen Pembaptisan, Sakramen Pembasuhan Kaki dan Sakramen Perjamuan Kudus...

Persiapkan hati dan diri yang kudus di hadapan Tuhan agar kita layak menerimanya.....
Haleluya,
Syukur puji Tuhan kerana dapat kembali mengemaskini akaun Blog ini setelah lebih setahun terbiar.......terbiar kerana beberapa faktor antaranya kesibukan, kelupaan dan kealpaan..bukti betapa lemahnya manusia ini...apa pun kiranya Tuhan membantu untuk admin sentiasa dapat mengemaskini dan meberikan informasi2 terkini berkaitan aktiviti Gereja Kota Marudu.....Amin.

Wednesday, 26 October 2011

Lawatan Rombongan Koir Subzon Tuaran

Rombongan koir Subzon Tuaran yang terdiri daripada Hosana, Sion, Heman dan Apple telah mengadakan lawatan singgah dan bermalam di Gereja Kota Marudu pada 25 Oktober 2011. Rombongan berkenaan dalam perjalanan ke Gereja Kudat untuk menghadiri Koir Persahabatan Gereja Kudat.

Sempena lawatan tersebut rombongan Gereja Kota Marudu telah mengadakan Malam Persahabatan pada malam tersebut bermula jam 8.00 malam.

Aturcara Malam Persahabatan termasuk ucapan dari wakil tuan rumah iaitu Dn. Habakuk Sagina dan rombongan iaitu Dn. Joel Thomas serta persembahan koir semua kumpulan koir termasuk tuan rumah. Aturcara berakhir pada jam 11.00 malam.

Aktiviti Malam Persahabatan telah mengeratkan lagi hubungan saudara seiman antara kedua-dua pihak dan dapat memuliakan nama Tuhan Yesus.