Rombongan koir Subzon Tuaran yang terdiri daripada Hosana, Sion, Heman dan Apple telah mengadakan lawatan singgah dan bermalam di Gereja Kota Marudu pada 25 Oktober 2011. Rombongan berkenaan dalam perjalanan ke Gereja Kudat untuk menghadiri Koir Persahabatan Gereja Kudat.
Sempena lawatan tersebut rombongan Gereja Kota Marudu telah mengadakan Malam Persahabatan pada malam tersebut bermula jam 8.00 malam.
Aturcara Malam Persahabatan termasuk ucapan dari wakil tuan rumah iaitu Dn. Habakuk Sagina dan rombongan iaitu Dn. Joel Thomas serta persembahan koir semua kumpulan koir termasuk tuan rumah. Aturcara berakhir pada jam 11.00 malam.
Aktiviti Malam Persahabatan telah mengeratkan lagi hubungan saudara seiman antara kedua-dua pihak dan dapat memuliakan nama Tuhan Yesus.